LAWATAN KE LADANG TERNAKAN LEMBU FIDLOT RISDA PADA 11 MEI 2009
Alhamdulillah...Lawatan kami ke Ladang Ternakan Lembu Fidlot RISDA membuahkan hasil yang memuaskan. Kedatangan kami diterima baik dan produk-produk GENKiMO EM-Malaysia yang kami bawa "SOLD OUT"!! Kami amat berpuas hati kerana inilah kali pertama kami ke sana dan boleh dikatakan sebuah kejayaan yang besar apabila produk-produk kami mudah diterima dan kami terpaksa balik awal kerana kehabisan produk yang di bawa. InsyaAllah minggu depan kami akan ke sana lagi kerana kami ingin pastikan perkhidmatan kami adalah yang terbaik. Bukan sekadar menjual produk tetapi memberikan khidmat nasihat secara percuma..Khidmat nasihat amatlah penting bagi memastikan para pelanggan atau rakan-rakan niaga menggunakan produk kami dengan cara yang betul dan mendapat hasil yang memuaskan.
Berikut adalah antara gambar yang sempat kami rakamkan di sana:

