...KEBAIKANNYA DIKETAHUI KEBERKESANANNYA DIPUJI..."Tiada Penyakit Yang Allah Jadikan Yang Tiada Ubatnya" (Hr.Abu Hurairah)

Majlis Pelancaran TEKNOLOGI GENKIMO & Perasmian KILANG

genkimo Dengan sukacitanya kami menjemput anda semua hadir ke Majlis Pelancaran TEKNOLOGI GENKIMO & Pelancaran KILANG Di Alamat: NO.6, JLN HI-TECH 5 SEMENYIH, HI-TECH INDUSTRIAL PARK, 43500 SEMENYIH, SELANGOR Pada:8/12/2011 (Khamis)

Tuesday, April 13, 2010

Syarikat Dazzling Destiny Sdn. Bhd.

Dazzling Destiny Sdn Bhd telah ditubuhkan pada September 2004 dan merupakan syarikat milik penuh anak Kelantan. Pada mulanya syarikat kami bergiat aktif dalam membekalkan XXL FUEL BOOSTER untuk penjimatan kos minyak diesel dan petrol. Produk ini adalah buatan Malaysia dan telah dikaji secara saintifik daripada minyak kelapa sawit kepada sejenis pelicin semulajadi yang boleh menggantikan plumbum. Antara syarikat atau jabatan yang telah menggunakan atau menguji nilai produk ini adalah JKR Kuari Pusat Bukit Buloh Pulai Chondong, Kelantan, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Keretapi Tanah Melayu, Tenaga Nasional Berhad Syarikat Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur (RapidKL) dan lain-lain yang tidak tersebut.

Bermula tahun 2008, syarikat kami telah dilantik sebagai Pengedar Tunggal bagi produk makanan dan minuman tambahan untuk haiwan ruminen kepada semua penternak. NUTRIBLOK dan MOLIFE telah dirumus khas untuk mengimbangi khasiat bagi membantu meningkatkan kualiti haiwan ruminen. Ia adalah hasil ciptaan dan kajian Dr Wan Zahari Bin Mohamed selaku Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik di Ibu Pejabat MARDI.










Alhamdulillah, pada tahun 2009 bertambah lagi produk bagi syarikat kami yang dikenali sebagai GENKiMO EM-MALAYSIA. GENKiMO EM-MALAYSIA adalah singkatan kepada Effective Microbe iaitu Bakteria Baik. GENKiMO EM-MALAYSIA yang kami keluarkan adalah berasaskan hutan dara yang terdapat di Malaysia dan 100% buatan Malaysia. GENKiMO EM-MALAYSIA ini terdiri daripada 6 jenis iaitu:












1) GENKiMO FAUNA (Bagi minuman ternakan)
2) GENKiMO FLORA (Bagi projek-projek pertanian)
3) GENKiMO ODOR REMOVAL (Bagi ladang ternakan dan pemulihan alam sekitar)
4) GENKiMO EARTH (Bagi menyegarkan & memperbaiki ph tanah)
5) GENKiMO COMPOSEED (Bagi menghasilkan baja kompos)
6) GENKiMO BIO (Bagi tambahan makanan ternakan)


Mudah-mudahan dengan adanya produk GENKiMO EM-MALAYSIA keluaran Malaysia ini, kami dapat membantu semua penternak dan petani dalam usaha mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dan lumayan.

Agrotek 9 April 2011

AKTIVITI