Bermula tahun 2008, syarikat kami telah dilantik sebagai Pengedar Tunggal bagi produk makanan dan minuman tambahan untuk haiwan ruminen kepada semua penternak. NUTRIBLOK dan MOLIFE telah dirumus khas untuk mengimbangi khasiat bagi membantu meningkatkan kualiti haiwan ruminen. Ia adalah hasil ciptaan dan kajian Dr Wan Zahari Bin Mohamed selaku Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik di Ibu Pejabat MARDI.
Alhamdulillah, pada tahun 2009 bertambah lagi produk bagi syarikat kami yang dikenali sebagai GENKiMO EM-MALAYSIA. GENKiMO EM-MALAYSIA adalah singkatan kepada Effective Microbe iaitu Bakteria Baik. GENKiMO EM-MALAYSIA yang kami keluarkan adalah berasaskan hutan dara yang terdapat di Malaysia dan 100% buatan Malaysia. GENKiMO EM-MALAYSIA ini terdiri daripada 6 jenis iaitu:
1) GENKiMO FAUNA (Bagi minuman ternakan)
2) GENKiMO FLORA (Bagi projek-projek pertanian)
3) GENKiMO ODOR REMOVAL (Bagi ladang ternakan dan pemulihan alam sekitar)
4) GENKiMO EARTH (Bagi menyegarkan & memperbaiki ph tanah)
5) GENKiMO COMPOSEED (Bagi menghasilkan baja kompos)
6) GENKiMO BIO (Bagi tambahan makanan ternakan)
Mudah-mudahan dengan adanya produk GENKiMO EM-MALAYSIA keluaran Malaysia ini, kami dapat membantu semua penternak dan petani dalam usaha mendapatkan hasil yang lebih berkualiti dan lumayan.


