...KEBAIKANNYA DIKETAHUI KEBERKESANANNYA DIPUJI..."Tiada Penyakit Yang Allah Jadikan Yang Tiada Ubatnya" (Hr.Abu Hurairah)

Majlis Pelancaran TEKNOLOGI GENKIMO & Perasmian KILANG

genkimo Dengan sukacitanya kami menjemput anda semua hadir ke Majlis Pelancaran TEKNOLOGI GENKIMO & Pelancaran KILANG Di Alamat: NO.6, JLN HI-TECH 5 SEMENYIH, HI-TECH INDUSTRIAL PARK, 43500 SEMENYIH, SELANGOR Pada:8/12/2011 (Khamis)

Archives

Isnin, Mei 16, 2011

GenKimo untuk tanaman dan ternakan

Dr. Ramli dan Timbalan Pengarah Perhubungan Industri , Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Dr. Mohmad Mustafa membakar ayam yang diternak menggunakan GenKimo bagi tujuan uji rasa.


TAHUN lalu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengukir nama apabila Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik, Dr. Ramli Mohd. Noor berjaya menghasilkan GenKimo atau dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.
"GenKimo merupakan produk probiotik mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel.
"Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik," katanya semasa ditemui di pejabatnya di MARDI Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Mendapat pendidikan lanjutan di negara matahari terbit, Dr. Ramli juga menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan bagi ruminan serta unggas.
Kini produk berkenaan berjaya dikomersialkan setelah memenangi pelbagai anugerah di dalam serta luar negara seperti di Pingat Emas semasa Pameran BioMalaysia 2008 dan Pingat Perak semasa SITF 2009 di Seoul, Korea Selatan.
GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan.
Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal daripada Korea menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal.
Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran pada tumbuhan serta ketahanan terhadap penyakit.
"GenKimo bermula dengan pemprosesan silaj bagi memaksimumkan penapaian nutrien asli yang ada dalam tanaman foraj (daun) atau sisa industri pertanian," katanya.
Secara asasnya, penapaian silaj berlaku secara biasa di bawah keadaan anerobik (tanpa oksigen) dengan kehadiran bakteria yang ada pada tanaman.
Bagaimanapun dalam bidang bioteknologi bilangan inokulan silaj atau bahan tambahan silaj akan ditambah bagi meningkatkan nutrien dan tenaga.
Bagi pelbagai aplikasi, Ramli menghasilkan tiga jenis GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.
GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair pribiotik bagi minuman ternakan.
Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa musim hujan.
"Kajian di ladang ternakan unggas yang menggunakan GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang tidak menggunakannya," katanya.
Ramli berkata, GenKimo-bio merupakan makanan aditif (tambahan) ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.
"Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana tidak mengandungi bahan toksik.
"Ia juga berupaya meningkatkan metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan," katanya.
GenKimo-bio juga dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.
Produk GenKimo-composeed atau baja dalam bentuk serbuk mengandungi koloni bakteria terpilih pengurai bahan organik dan pengaktif mikrobial tanah.
Dr. Ramli berkata, produk berkenaan mampu menghasilkan baja organik bermutu tinggi serta mengekalkan mikrob efektif yang mampu memperbaiki kerosakan dan mengembalikan kesuburan fizikal, kimia dan biologi tanah.
Bukan itu saja, malah semasa uji rasa ayam dan ikan tilapia yang menggunakan GenKimo mendapat sambutan menggalakkan di kalangan kakitangan MARDI.
Rata-rata mereka memuji kelazatan ayam dan ikan yang menggunakan GemKimo yang disifatkan berbeza dengan yang lain.

sumber: Utusan Malaysia Online


;ARKIB : 13/09/2010

GENKiMO




PENGGUNAAN GenKimo dapat mengurangkan kadar kematian akibat serangan penyakit di samping sebagai makanan tambahan ternakan. - Gambar hiasan


Penggunaan bahan kimia seperti antibiotik dalam industri ternakan bagi mempercepatkan tumbesaran mencetuskan pelbagai polemik.
Justeru penggunaan antibiotik walaupun belum diharamkan di negara ini perlu dihadkan dan digantikan dengan pelbagai mikroorganisma bermanfaat (IMO).
Selain menggantikan antibiotik, IMO boleh digunakan dalam proses penapaian sisa tanaman industri bagi makanan ternakan.
Bahan berkenaan yang telah siap diproses dan dinamakan probiotik sebagai makanan tambahan ternakan mempunyai mikrob yang hidup untuk tingkatkan kesihatan hos.
"Probiotik menjadikan ternakan lebih sihat dan boleh didapati dalam bentuk cecair, pil atau serbuk mengikut keperluan," kata Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Ramli Mohd. Nor.
Mendapat pendidikan di Jepun, kini beliau giat menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan.
"Penggunaan probiotik jika digunakan dengan meluas boleh menggantikan antibiotik," katanya.
Biasanya penternak ayam menggunakan antibiotik untuk merangsang pertumbuhan sehinggakan ada negara yang mengharamkan penggunaannya.
Ayam yang diberikan probiotik kurang berlemak sama seperti ayam kampung.
Produk probiotik hasil kajian Dr. Ramli yang dinamakan GenKimo dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.
"GenKimo merupakan sejenis produk probiotik yang mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel.
"Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik," katanya.
Produk GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan.
Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal dari Korea Selatan menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal.
Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran tumbuhan dan ketahanan terhadap penyakit.
Bagi pelbagai aplikasi, Dr. Ramli menghasilkan tiga jenis GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.
GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair probiotik bagi minuman ternakan.
Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa musim hujan.
"Kajian di ladang-ladang ternakan ruminan yang menggunakan GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang tidak menggunakannya," katanya.
Dr. Ramli berkata, GenKimo-bio pula merupakan makanan tambahan ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.
"Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana tidak mengandungi bahan toksik.
"Ia juga berupaya meningkatkan metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan," katanya.
GenKimo-bio juga dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, Dr. Wan Zahari Mohamed berkata, permintaan berlipat ganda terhadap daging dan telur memberikan impak yang besar terhadap industri ternakan.
Justeru, dengan industri ternakan yang tumbuh bagai cendawan, MARDI dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Universiti Putra Malaysia (UPM), Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan FELDA sebagai penganjur bersama serta disokong bersama-sama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan Persidangan Makanan Ternakan Antarabangsa buat kali keempat.
Persidangan tersebut dijadualkan pada 21 hingga 23 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bharu, Johor.
Dr. Wan Zahari menambah,
bagi membantu penternak, penganjur mengadakan Seminar Satelit bertajuk Membangunkan Usahawan Penternakan Berdaya Saing sempena Persidangan Antarabangsa Pemakanan Ternakan (ICAN) ke-4 pada 21 September di tempat yang sama.
"Ia juga bertujuan mempromosikan teknologi pemprosesan makanan supaya nilai pemakanan meningkat selaras dengan kadar pertumbuhan dan tumbesaran ternakan.
"Selain itu persidangan berkenaan dapat meningkatkan jaringan antara penyelidik dari dalam dan luar negara bagi polisi makanan ternakan sejajar dengan senario semasa yang berkaitan dengan industri ternakan unggas dan akuakultur.
"Ini bagi memberikan pendedahan kepada penternak mengenai isu penting dalam pengurusan dan pemakanan ternakan.
"Memberikan peluang kepada peserta mempelajari kaedah pengurusan perniagaan serta mempelajari pengalaman usahawan berjaya," katanya.


No comments:

Post a Comment

Agrotek 9 April 2011

AKTIVITI